Friday 11 March 2016

PROGRAM NILAM



Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat :
Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.

Objektif :
1. Menjadikan murid banyak membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pelaksanaan :
1. Murid membaca dan merekod bahan bacaan.
2. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
3. Sekolah member pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca.

Tahap Jauhari :
1. Semua murid wajib terlibat.
2. Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
3. Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.
4. Semua aktiviti murid dalam program ini perlu direkodkan yang kemudiannya disahkan oleh guru sebelum memberi pengiktirafan.


0 comments:

Post a Comment