Tuesday 17 February 2015

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH 2015




 


1.0 TAJUK
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah 2015. 

2.0 PENGENALAN
Pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah wajar diadakan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.
3.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
4.2 Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.

5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1   35 orang Pengawas Sekolah.
5.2   23 orang Pengawas PSS.
5.3   13 orang Pengawas SPBT.
5.4    6 orang Pengawas ICT.
5.5   17 orang Ketua Kelas.
5.6   17 orang Penolong Ketua Kelas.

6.0 JEMPUTAN
6.1 Inspektor Mohd Saliman b. Mohd Salleh , Ketua Polis Balai Merlimau.
6.2 Lans Koperal Hasnan Bin Reno, Pegawa i Perhubungan SK Batu Gajah.

7.0 LAPORAN
7.40 pagi
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
Nyanyian tiga buah Lagu Patriotik
Bacaan Doa yang diketuai oleh Ustaz Mohd Abd. Halim Bin Zakaria
Ucapan Guru Besar – Encik Mohd Fares
Ucapan Perasmian oleh Inspektor Mohd Saliman b. Mohd Salleh, KetuaBalai, Balai Polis Merlimau. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan i Watikah pelantikan KetuaDarjah & Penolong Ketua Darjah telah disampaikan oleh Lans Koperal Hasnan Bin Reno, Pegawai Perhubungan SK Batu Gajah.

ii Watikah pelantikan Pengawas ICT, Pengawas SPBT, Pengawas PSS, dan Pengawas Sekolah telah disampaikan
iii - Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Batu Gajah bagi sesi 2015 iaitu adik Nur Iman Haiqal bin Abu Bakar
- Penyampaian Cenderahati kepada kedua-dua jemputan telah disempurnakan oleh En Mohd Fares Bin Mustafa , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah.

8.0 PENILAIAN PROGRAM
 Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan SK Batu Gajah mencapai disiplin sifar.

9.0 ULASAN/KOMEN/CADANGAN
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah ini telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

Disediakan oleh :
ROHANA BT MOHAMED
Guru Bimbingan, SK Batu Gajah.

2 comments: