Monday 1 February 2016

Pelancaran Program Pembestarian Sekolah 2016




Tajuk              : Laporan Pelancaran Program Pembestarian Sekolah
Tarikh             : 1 Februari 2016
Tempat           : Dewan SK Batu Gajah

Pada 1 Februari yang lalu telah diadakan pelancaran program pembestarian sekolah. Di antara objektif diadakan majlis ini adalah untuk membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT dan seterusnya dapat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat demi membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

Majlis bermula seawal 7.20 pagi dengan murid-murid berkumpul di dewan SK Batu Gajah. Majlis kemudiannya menjemput Ustaz Abd Halim untuk membacakan doa bagi memberkati majlis. Acara seterusnya, ucapan alu-aluan daripada guru besar. Beliau mengucapkan tahniah dan bangga kerana telah berjaya mengadakan pelancaran program pembestarian. Harapan beliau agar murid-murid dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT di sekolah. Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Faris Izra bin Ismail, Pegawai Pendidikan Teknologi PKG Sebatu untuk menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan gimik pelancaran. Murid-murid melihat tayangan video yang telah disediakan oleh En.Nazir, guru multimedia sekolah. Sungguh menarik persembahan yang ditayang sehingga membuatkan murid-murid kelihatan teruja. Seluruh dewan penuh dengan gelak ketawa. Majlis tamat pada jam 8.30 pagi. 

Pada keseluruhannya, program ini telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil paduan tenaga  daripada Jawatankuasa Pembestarian Sekolah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat membantu murid-murid meningkatkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Disediakan oleh:                                                                 

…………………………………………..                              
(CIK NUR ATIQAH BINTI ZAKARIAH)
Ajk Dokumentasi,
SK Batu Gajah.

0 comments:

Post a Comment