Majlis Pelancaran Program Nilam 2016

Klik untuk maklumat lanjut

Minggu Bahasa Melayu 2016

Klik untuk maklumat lanjut.

Majlis Persaraan Pn.Hjh Zaiton binti Mohammad

Klik untuk maklumat lanjut.

Terapi Renang PPKI SKBG 2016

Klik untuk maklumat lanjut.

Sunday, 28 February 2016

Program Motivasi Keibubapaan dan Taklimat Program Kecemerlangan UPSR 2016





Tajuk : Laporan Program Motivasi Keibubapaan dan Taklimat Program Kecemerlangan UPSR 2016.
Tarikh : 27 Februari 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK Batu Gajah

Pada 27 Februari 2016, Unit Bimbingan Kaunseling SK Batu Gajah telah menganjurkan program motivasi keibubapaan dan taklimat program kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016. Program ini merupakan program sekolah yang menjurus kearah  kecemerlangan murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

            Antara matlamat diadakan program ini adalah untuk memberi motivasi kepada ibu bapa serta penjaga dan murid tahun 6 dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran belajar dalam kalangan murid serta memberi kesedaran tentang peranan ibu bapa terhadap kecemerlangan dalam pelajaran anak-anak mereka. Di samping itu, program ini dapat memberi tunjuk ajar dan pengawasan kepada murid supaya menyedari peranan dan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan UPSR.

            Program bermula pada jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran. Ibu bapa dan anak-anak mengambil tempat masing-masing. Majlis seterusnya menjemput Ustaz Mohd Abd. Halim untuk menyampaikan doa supaya majlis dapat berjalan dengan lancar. Setelah selesai bacaan doa, ucapan aluan-aluan oleh Guru Besar, Encik Arzaman. Beliau mengucapakan tahniah diatas kehadiran ibu bapa serta penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Harapan beliau agar ibu bapa serta penjaga dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk anak-anak mereka. Beliau juga menyarankan ibu bapa agar memainkan peranan proaktif memantau perkembangan pembelajaran anak-anak.

Majlis diteruskan dengan ceramah kecemerlangan ibu bapa yang disampaikan oleh Tn. Hj. Shahidin bin Mohd Shah, Ketua Unit Naik Pangkat JPN Melaka. Ibubapa sangat teruja mendengar ceramah yang telah disampaikan. Banyak maklumat berguna yang telah dikongsi bersama pelajar dan ibu bapa. Majlis diteruskan dengan dengan bacaan ikrar aku janji murid-murid tahun 6.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan. Majlis berhenti rehat dan seterusnya menandatangai slip ujian diagnostik. Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2016. 


Disediakan oleh :                                                                 

…………………………….                                                   
(Cik Nur Atiqah binti Zakariah)
AJK Dokumentasi
SK Batu Gajah.

Thursday, 25 February 2016

MINGGU BAHASA MELAYU 2016





Panitia Bahasa Melayu SK Batu Gajah telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada aktiviti tahunannya dari 22 hingga 25 Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti seperti persembahan dan pertandingan telah dijalankan selama empat hari tersebut. Pn. Saedah selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu bersama dengan guru-guru penasihat yang lain telah merangka pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang minggu Bahasa Melayu ini berlangsung. Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan dengan begitu meriah sekali pada 22 Februari 2016. En. Md Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam ucapan perasmian beliau telah memuji usaha yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu telah mengambil langkah proaktif menganjurkan Minggu Bahasa Melayu sebagai satu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selain memberi pendedahan serta peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Sebagai gimik pelancaran, majlis telah diserikan oleh persembahan mendeklamasikan sajak oleh wakil murid tahun 6.  Sajak yang didendangkan begitu harmoni dan memaparkan betapa perlunya kita menggunakan bahasa dengan betul kerana bahasa mempunyai kepentingan yang tersendiri sebagai medium untuk berkomunikasi. Pada hari tersebut juga telah diadakan teka silang kata bagi tahap 1 dan tahap 2. Permainan teka silang kata merupakan antara kaedah pembelajaran bahasa melalui permainan. Permainan ini bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir dan daya kreativiti murid seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kosa kata murid.
            Pada 23 Februari 2016, Pertandingan Pintar Mengeja dan Pertandingan Pintar Pantun telah dijalankan.  Pertandingan seperti ini dapat menyemai semangat daya saing sesama murid-murid seterusnya meningkatkan penguasaan berbahasa di kalangan mereka.
Pada 24 Februari 2016, Pertandingan Cerita Teladan dan Tulisan Cantik telah diadakan. Pertandingan Cerita Teladan ini diadakan bertujuan menguji pengetahuan pelajar dalam tatabahasa Bahasa Melayu selain mencungkil bakat murid dalam bidang bercerita. Manakala bagi Pertandingan Tulisan Cantik pula bertujuan untuk melihat penguasaan murid dari segi tulisan dan seterusnya dapat melatih murid untuk menulis dengan baik dan kemas.
Pada 25 Februari 2016,  Majlis Penutupan Rasmi Minggu Bahasa Melayu telah diadakan. En. Md Yusof, GPK Kokurikulum telah sudi merasmikan majlis penutupan ini. Beliau melahirkan harapan agar program-program sebegitu diteruskan pada setiap tahun kerana banyak manfaat yang diperoleh oleh murid-murid. Beliau juga berharap agar aktiviti begini diteladani dan diikuti oleh persatuan-persatuan lain di sekolah ini. Aktiviti diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Diharapkan hadiah yang diterima menjadi penyuntik semangat kepada murid-murid untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Pada keseluruhannya, Minggu Bahasa Melayu 2016 telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil paduan tenaga para guru penasihat dan Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu. Aktiviti ini yang dijalankan selama empat hari berturut-turut telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti bahasa demi mempertingkatkan kemahiran berbahasa selaras dengan cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa”. Semoga Minggu Bahasa Melayu dapat diteruskan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik

Disediakan oleh,                                                                 

………………………………….                                       
(Cik Nur Atiqah binti Zakariah)
AJK Dokumentasi Bahasa Melayu
SK Batu Gajah

Monday, 1 February 2016

Pelancaran Program Pembestarian Sekolah 2016




Tajuk              : Laporan Pelancaran Program Pembestarian Sekolah
Tarikh             : 1 Februari 2016
Tempat           : Dewan SK Batu Gajah

Pada 1 Februari yang lalu telah diadakan pelancaran program pembestarian sekolah. Di antara objektif diadakan majlis ini adalah untuk membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT dan seterusnya dapat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat demi membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

Majlis bermula seawal 7.20 pagi dengan murid-murid berkumpul di dewan SK Batu Gajah. Majlis kemudiannya menjemput Ustaz Abd Halim untuk membacakan doa bagi memberkati majlis. Acara seterusnya, ucapan alu-aluan daripada guru besar. Beliau mengucapkan tahniah dan bangga kerana telah berjaya mengadakan pelancaran program pembestarian. Harapan beliau agar murid-murid dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT di sekolah. Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Faris Izra bin Ismail, Pegawai Pendidikan Teknologi PKG Sebatu untuk menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan gimik pelancaran. Murid-murid melihat tayangan video yang telah disediakan oleh En.Nazir, guru multimedia sekolah. Sungguh menarik persembahan yang ditayang sehingga membuatkan murid-murid kelihatan teruja. Seluruh dewan penuh dengan gelak ketawa. Majlis tamat pada jam 8.30 pagi. 

Pada keseluruhannya, program ini telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil paduan tenaga  daripada Jawatankuasa Pembestarian Sekolah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat membantu murid-murid meningkatkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Disediakan oleh:                                                                 

…………………………………………..                              
(CIK NUR ATIQAH BINTI ZAKARIAH)
Ajk Dokumentasi,
SK Batu Gajah.