Tajuk
: Laporan Program Motivasi Keibubapaan dan Taklimat Program Kecemerlangan UPSR
2016.
Tarikh
: 27 Februari 2016
Masa
: 8.00 pagi
Tempat:
Dewan SK Batu Gajah
Pada 27 Februari 2016, Unit Bimbingan
Kaunseling SK Batu Gajah telah menganjurkan program motivasi keibubapaan dan
taklimat program kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016. Program ini merupakan
program sekolah yang menjurus kearah
kecemerlangan murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Antara
matlamat diadakan program ini adalah untuk memberi motivasi kepada ibu bapa
serta penjaga dan murid tahun 6 dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran
belajar dalam kalangan murid serta memberi kesedaran tentang peranan ibu bapa
terhadap kecemerlangan dalam pelajaran anak-anak mereka. Di samping itu,
program ini dapat memberi tunjuk ajar dan pengawasan kepada murid supaya
menyedari peranan dan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan UPSR.
Program
bermula pada jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran. Ibu bapa dan anak-anak
mengambil tempat masing-masing. Majlis seterusnya menjemput Ustaz Mohd Abd.
Halim untuk menyampaikan doa supaya majlis dapat berjalan dengan lancar.
Setelah selesai bacaan doa, ucapan aluan-aluan oleh Guru Besar, Encik Arzaman.
Beliau mengucapakan tahniah diatas kehadiran ibu bapa serta penjaga yang sudi
meluangkan masa untuk hadir ke program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Harapan beliau agar ibu bapa serta penjaga dapat memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi untuk anak-anak mereka. Beliau juga menyarankan ibu bapa agar
memainkan peranan proaktif memantau perkembangan pembelajaran anak-anak.
Majlis diteruskan dengan ceramah
kecemerlangan ibu bapa yang disampaikan oleh Tn. Hj. Shahidin bin Mohd Shah,
Ketua Unit Naik Pangkat JPN Melaka. Ibubapa sangat teruja mendengar ceramah
yang telah disampaikan. Banyak maklumat berguna yang telah dikongsi bersama
pelajar dan ibu bapa. Majlis diteruskan dengan dengan bacaan ikrar aku janji
murid-murid tahun 6.
Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada penceramah jemputan. Majlis berhenti rehat dan seterusnya
menandatangai slip ujian diagnostik. Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program ini dapat memberi
pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan
murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2016.
Disediakan oleh :
…………………………….
(Cik Nur Atiqah binti Zakariah)
AJK Dokumentasi
SK Batu Gajah.
0 comments:
Post a Comment